Liyana Afiqah – queen of my heart

Cepat je masa berlalu, dah sebulan lebih pun dia skang ni and Alhamdulillah sebagai ibunya, i’m beginning to learn more and more about her. Walaupun kamu ni punya sleeping pattern unpredictable, kamu tetap menjadi pujaan hatikuu🙂

Liyana Afiqah?

Kelakar kan? dulu masa preggy dok panggey dia Lil L coz daddynya nak sangat pangkal pertama nama anak dia start dgn huruf L, siap non negotiable lagi tu. Memula aku nak letak nama Liliana, tp bapaknya kata berbelit lidah sangat. So Liyana it is, common name but what to do, blame it on the father. Nama Afiqah was selected by me, wahyu datang last minute hehe. Masa tu dah hujung2 minggu pregnancy, seperti biasa lepas solat membaca surah2 yg sesuai utk kami berdua. Pastu bila tutup buku tu tersedar nama author tu. Abu Afiqah. Dalam hati mcm eh sedap jugak nama ni. Terus belek maksudnya. Sesuai sgt. Mmg itu yg diidamkan dalam diriku utk anak yg dikandung dlm perut. Liyana – kelembutan, Afiqah – sangat pemurah, sangat berpengetahuan. Terus propose kat big boss. Big boss angguk saja. Tatau yes or no. Akhirnya di labour room, bila nurse tanya nak bagi nama apa, sang suami berkata “Liyana Afiqah” aaa tersenyum simpul aku. Suka sangat. Ironically, the daddy prefers to call her Afiqah plak instead of Liyana hehe..

sangat terhutang budi kepada buku ini

Dia tak banyak ragam, cuma sleeping pattern dia unpredictable sket waktu malam. Siang mmg dia kuat tido, lelebih lagi bila tinggal kami berdua je di rumah. Dah tade org nak melayan dia sangat, kejenya tido, tido dan tido. Mummynya pun tumpang qada tido waktu siang hehe. Kalo atok dgn nenek dia ada, ada gak org nak layan dia. Tapi lately this week her routine dah go totally bonkers leaving me bonkers as well. Susah betul nak tidokan dia, walaupun mata lelap tp tangan dok gerak2 mcm trafik polis. Akhirnya terjaga dia dgn pergerakan tangannya. Seksa seh. Kita baru nak letak pale atas bantal, dia bgn balik. Her official sleeping time is from midnite to 2am..leteh woo.

Daddy’s lil girl..he really loves dis lil angel🙂

Sebelum mandi, susukan dia dulu. Tak banyak kerenah bila mandi, merengek sket2 je tapi dia tak kisah mandi, lelebih lagi syampoo rambut. Dia suka. Lepas mandi, cecepat balut dia dengan towel. Dia pemalu sket, tak suke telanjang. Kena tutup dia dengan towel, lap2 badan dia sambil ckp dgn dia baru dia tenang. Kalo tak, tangan dia dah terkapai2 kiri kanan nak capai apa saja yg dia bleh grasp utk tutup perasaan naked tu hehe.

Paling bes bila salinkan baju dia is seeing her progress. Bole tau dia dah besar bila tgk satu demi satu baju newborn dia dah makin ketat, tade gelebeh2 sana sini and now Mummy is taking out her stock of 3-6mths clothes from the cupboard. Pastu suka tgk lengan and kaki dia yg berlayer2 mcm mascot Goodyear tires hehe. Alhamdulillah..

Sehingga ke hari ini, dia masih kuat menyusu. Wajib setiap 2 jam day and night kene susukan dia cuma kalo minum susu botol, dia x bole lagi dgn 4oz. Masih lagi dgn 3oz kalo nak tgk dia minum dgn licin..susu badan is quite challenging, kalo nak kasi dia puas minum kene susukan dia time dia mamai or masih tido. Kalo dah bangun atau dah mengantuk sgt, dia punya meronta2 pergh..sakit tangan nak support dia. But I’m trying🙂 ku tahan saja pedih di nipplesku bila dia menghisap, coz dia hisap sgt kuat..mcm baby laki plak rasa huhu.

Dia dah bole dibwk bersembang, suka bila dia tgh dlm good mood dia yg akan menegur kita..”hooo” bunyinya dgn mulut muncung sambil pandang muka kita..kalo kita rajin melayannya, lagi merapu kita cakap, sket2 mulut dia akan menyenget and will smile hehe…cairrrrrr sangatt hatiii..

Sebole-bolenya waktu mlm time nak tidokan dia, we try to minimise the conversation, dodoiii je tanak cakap dgn dia..tapi dia yg nanti “hooo” and smile kat kite..adeh la kul 2am rasa cam nak babap je dia tak jadi coz of her smile hehe..

Ni dah dekat midnight tau huhu..sabo je laa

There’s much to tell tapi takpela..sket2 dulu ye heheh…kang jemu aunty2 ni baca kan sayang🙂

Tomorrow is her first jab with the doc..huu dah besar dah dia..hopefully things will go well tomorrow and hopefully dia tak demam after her first jab.

5 Comments (+add yours?)

  1. ~Reena~
    Jul 07, 2010 @ 12:53:46

    Mata sepet cam hang, tapi muka ikut laki hang kot?

    Reply

  2. coffeeaddicts
    Jul 07, 2010 @ 13:00:46

    Alalalaaa… she’s so adorable!
    samalah macam Umar… suke je nak ajak sembang and tersengih2… manalah tak cair wlpn tgh letih tak larat

    Reply

  3. Dizzyfly
    Jul 07, 2010 @ 13:19:25

    Hehe bole ek rasa nak babab budak kecik ni? Hehe. Nanti Sabtu ni Aunty Fara datang tengok Liyana okehhh🙂

    Reply

  4. nariko
    Jul 07, 2010 @ 16:26:35

    aloh .. so adorable.. yes seronok nyer tgk perkembangan baby kita kan.. membesar depan mata. alhamdulillah for this great gift

    Reply

  5. hanieFD
    Jul 07, 2010 @ 17:41:17

    heheh dah mcm byk muka u mieza🙂 Cepat btul eyh liyana membesar🙂
    oo buku tu pun kite ade, tp blum khatam lagi..hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: