Seronoknya nak abeh pantang dah!

Saya dah 40 hari berpantang. Tak pernah rasa tarikh 1st July sungguh keramat dalam hidupku..tak sabar, seriously tak sabar. Bukan teruja pasal bab pemakanan, teruja pasal nak dapat fresh air, nak berjalan seperti org normal. Saya tak sabar nak pakai seluar tetiap hari, tak sabar nak naik tangga rumah, tak sabar nak potong rambut, tak sabar nak keluar jenjalan naik turun kereta bwk Afiqah berdating tiga beranak, tak sabar nak makan di Tony Romas, TGIF mahupun Chilli’s coz KIDS EAT FOR FREE haha walaupun kita sume tau she can’t eat yet..

Pantang regimeku 50-50. Ada yg masih saya ikuti dgn strict, ada yg dah mengelat dah. Believe it or not baru semalam saya dibenarkan memakai seluar di rumah. The hubs bebetul tak bagi pakai seluar, asyik disuruhnya pakai kain batik yg sentiasa londeh tu. Bosan gile. Kami masih berkampung lagi di bawah, guest room kat bawah tu mmg dah transform jadi our bedroom. Dulu salin baju and pampers Afiqah kat lantai atas changing mat, tapi makin lama makin sakit belakang and pinggang dibuatnya, last2 satu meja beso haa dah masuk dlm bilik tu. Sonang cite. Everything is at reach now. Kanan supply baju, kiri toiletries, tetengah dah ada bantal and changing mat. Tinggal nak letak baby atas meja je huhu. Ntah bila nak naik atas, lepas pantang kut. Saya tidak dibenarkan naik tangga sama sekali. Huu. Apetah lagi keluar. Dok la memerap kat umah ni haa..wat la muka kesian camane sekali pun, xlehnya keluar. Sobs.

Saya masih lagi memakai bengkung. Cuma hari ni saya tak pakai. Malas. Haa kan dah ckp ada sesket mende dah ngelat. Perutku masih la gelebeh di tepi, kempis mmg dah kempis tp very flabby la, tak pepasal I have like 2-3 layers of spare tyre. Mana datang tah. Eceh bole tanya lagi mana datang eh hehe. Stretch marks yg putih2 tu dah hilang, cuma yg merah gila seakan vericose veins masih menyerlah.

my tummy is 90% sama dengan gambar di atas

Buruk kan rupa? lelebih bila dah gelebeh ni, serious mmg tak belek langsung diri depan cermin. Dahla boobs skang bulat gila mcm bola World Cup. Orgnya kecik, tp boobs beso, perut gelebeh, mata sembab..sungguh la not appetizing at all hehe.

I’m thinking of wearing PB nanti lepas pantang. Worth it ke? Dahla mahal kan..I’d rather spend my wealth (eceh wealth tu..ikut bahasa game Treasure Isle kat FB daa) for Afiqah’s clothes..tapi at the same time kita sebagai pompuan kena jaga badan kan? Tengok testimonial kat the famous blogger tu cakap pakai PB leh hilangkan stretch marks (dats my main purpose actually) and firm your body..am thinking also to go back to Usana to consume the shakes mcm dulu. Shake shake here, shake shake there. Lelebih dah ada flavour strawberry kan..hmm campur dgn soymilk, yoghurt, letak dlm blender and fridge..sure yummy kan.

I need to lose 10kgs! and it’s definitely not an easy ride for me coz when you breastfeed you tend to hungry lor. About losing weight, I have done it before masa nak bertunang dulu, religiously minum Herbalife turun almost 10kg and maintained my weight to 46kg when I got married. Cuma tu la I need time and patience on my side to shed the fats and what nots. Huwaa. Now I put my trust on Usana and hope for a good return🙂

Hmm apa lagi ye? bole tak rasa takut nak minum air sejuk risau kang bentan kat bawah tu? huhu dis is weird coming from someone who loathes air masak, suam dan seangkatan dengannya. Pastu tang ni censored sket la tapi belasah je nak cakap kat sini..bila masa yg sesuai utk “bersama” balik dgn suami ye? Tengah paranoid lagi ni, takut kang bwh pedih la sakit la, mentally tak ready la ape la..I’m seriously considering giving like months of rest of that particular activity huhu..4 bulan maternity leave, 4 bulan gak NO ENTRY kat bwh tuu..bole ka? bole kut ek hahaha..kata family planning😉

7 Comments (+add yours?)

  1. ~Reena~
    Jun 27, 2010 @ 17:10:07

    4 bulan NO ENTRY? Sian laki hang.Haha.

    Reply

  2. mrmrsimran
    Jun 28, 2010 @ 01:47:39

    bersedialah utk terapi perut pula selepas ini..hihihihi

    Reply

  3. Farina
    Jun 28, 2010 @ 03:10:45

    My mom told me 90 hari untuk pantang ‘no entry’🙂

    Reply

  4. ella
    Jun 28, 2010 @ 10:29:52

    tahniah kerana sudah selesai tempoh berpantang!

    soalan last tu mmg tak bole blah.. in my opinion, after u dah pegi cek up (utk cek bwh tu luka dah baik sepenuhnye ke blom), kalo doktor ckp ok dah pulih, then mmg bole le dah tu.. but its up to u, kalo rasa dah ready bole jek.. anyway, it wont be as pleasing if it’s “too early”.. give yourself a break la.. hehe!

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Jun 28, 2010 @ 12:11:02

      i am giving myself a break..cuma nak carik alasan kukuh nak bentang dpn hubby just in case..haha..

      Reply

  5. Meanaidz
    Jul 05, 2010 @ 17:07:25

    Hi Mieza,

    Congrates coz dpt mhabiskan b’pantang dgn jayanya😀 hmm well I b’urut dgn 4 org tukang urut n keempat2 tukang urut cakap bpantang ‘b’sama’ selama 100 hari and I follow their advice ^_~, atas alasan apa I lupa sudah tp antaranya nk bg ‘itu’ dibawah betul2 baik n leh pki lama dan juga a kind of birth control

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: