Tak senang duduk dah..

Nampak cam dramatic je kan..baru 30 weeks tapi dah tak senang duduk. Bukannya 37 weeks ke 39 weeks ke or even 40 pun aku ni.

Tsk.

Arini rasa nak buat memacam mende, rasa cam nak do non baby related matters, sedangkan persiapan utk diri sendiri for my hospital bag tak sesiap lagi ni..

Rasa sangat cranky bila nyamuk dok berdesing kat telinga ni (nyamuk tu actually is my hubby) hehe suruh start packing the hospital bag, suruh start selecting baju L mana nak bwk p spital, suh tgk check list mende apa yg tak setel lagi. Pastu disuruhnya remind si biras suruh beli barut as reminded earlier. Aih pompuan punya memory space kuat duh, takyah nak diulang. Tsk. Kalo dulu beriye-iye buat, tapi lepas adegan membasuh baju and melipat baju L, terus rasa seriau semcm..mcm erk it’s getting near bebeh..my ohh my..pastu skang checklist ntah ke mana tah, pkran pun melayang ntah ke mana tah..

Terasa rimas juga di office coz org HR pun dok sebok nak menghalau gue dari my parking space. Dok hantar e-mail bila aku nak release parking tu kat org lain temporarily for 4mths. Siap tanya tu..”will u be working on 1st may?” nak je aku cakap tu Labour Day ler..but I replied yes, am still working. Pastu dia tanya lagi “can you release your parking from 15th May till 15th August?” aihh terus gue jawap yes I can, in fact I’ll be extending my leave until Raya. Terus diam dah minah tu. Cranky. Cranky. Cranky.

Tup2 2 nights ago tetibe bermimpikan si L. Scenenya ialah gue baru je lepas bersalin, tgh mamai, laloq sume cukup berselimutkan selimut hospital. The nurse baru nak bagi L to me for my first touch…tapi belum sempat gue hayati moment itu gue terjaga dengan dengkuran kuat Daddy 2 Be ni..tsk kaco stim betui ar..terus terbantut mimpi ituuu. Hmph.

So, oleh itu, hari ini by hook or by crook tak larat camane pun aku hari ni..I want to :

  • settle all my pending items by today..cabok punya baju tido pun bole ler asalkan berbutang, takmo pk byk dah. Carik lagi 2-3 helai nursing bra, pastu carik disposable panties yg elok sket, pastu beli overnight pad.
  • see if we can do those things above sambil pegi Baby Expo ari ni kat Midvalley..
  • at the same time, nak mengusya laptop dan handphone juga. Laptop di rumah sudah makin nazak, I don’t want to be internet-less during my confinement period yee..I need to facebook, I need to bloghop ..and ohh I need to uruskan my Cafe World..sudah semestinyaaa..makanan itu harus dijaga hehe. Handphone pun sudah buat perangai, suka on off seskati dia walaupun bateri sudah ditukar. Mau upgrade fon yg bleh berWifi..mana tau sangap2 kat spital lambat nak bukak laluan ke bole ler aku belek2 tepon sementara menunggu the time to come kan..hehe perancangan itu perlu!
  • Lastly..hopefully the weather permits. I wanna go to the Hot Air Balloon thingy kat Putrajaya today. Nak snap2 gambar, nak menggedik, nak berdating..huk.

6 Comments (+add yours?)

  1. Daddy2B
    Mar 20, 2010 @ 11:10:38

    pahala wanita bersalin

    Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

    ***

    Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

    Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.
    —-> mungkin ni dpt tenangkn hati isteriku🙂

    Reply

  2. nadya
    Mar 20, 2010 @ 18:20:28

    i went to the expo 2day..xde mende sgt la..except if u wanna buy avent produts..combi strollers..bedding set etc..tp ramai sgt org rase rimas nak pengsan..last2 gi jusco..haha

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Mar 21, 2010 @ 11:08:03

      haah betul..mmg tade pe sgt pun, kat sana i beli nursing bra je hehe..pastu chow survey laptop and masuk jusco je..after dat terus head to putrajaya hehe

      Reply

  3. dayu
    Mar 23, 2010 @ 16:22:56

    hikhikhik..husben kita sama perangai..dia yang lagi gelabah ayam. asyik dok ulang tanya ‘dah siapkan beg spital blum??’ bila jawab blum trus kena lepuk ngan bantal, tapi tak gak bergerak bini dia ni..
    tapi masa nak gi tganu aritu, siapkan gak la..

    Baby L …
    *tak sabar kan nak jumpe

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Mar 23, 2010 @ 17:02:16

      tu la lepas kita senak perut smalam, kita rasa ok now it’s time to prepare the baby’s bag..huhu..
      baby bag je baru..mummy dia punya belum wat pe laie..maleh betul la nak wat huhu

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: