Random

Skang ni dah malas nak blog. Mcm lebih suka berinteraksi real life, face to face dgn org rather than virtual..tp malangnya tak jmp sesape pon huhu. Tade ke kengkawan nak singgah umah den, borak² kosong mkn biskut kering ke..kengkadang bosan la menaip je. Serious.

Dulu sketnya malas nak join geng mak² budak, terasa betul tersesat dgn golongan tua. Skang ni, rasa makin selesa, lelebih lagi ada rakan seperjuangan kat ofis yg senior 2 bulan bab preggy ni, puas mendengar cite dia je la. Dgr dia pegi warehouse sale, dgr alkisah perut dia mengeras. Skang diri sendiri tgh mengalami keadaan tu. Perut mengeras = anak sedang lapar. Baru terasa cam ooh berilmu pengetahuan jugak aku ni. It’s hard when most of your frens are still not married, esp bila tempoh preggy camni..nak turn to them kang terasa cam aku ni tak abeh2 dok cite pasal hal preggy je, nak cite sal mende lain..pun tatau nak share ape sgt dah. Susah kan. Sama la mcm dlm blog ni gak..tatau nak cite ape dah..coz I am not who I was before..org mungkin suka kita bercerita masa kita zaman suka ria tgh prepare sal wedding, tgh honeymoon, tgh shopping..tp kalo sebut tang real adulthood matters, org mcm kureng sket nak baca..betul tak? Dats y I can’t be bothered to blog dah. Mcm tade purpose.

Tak sabar nak tunggu 26hb ni. Gaji masuk. Balik Penang setelah beberapa bulan dah tak balik dah. Pastu release of New Moon! Mmg la takkan tgk dlm jangka masa 26-30 Nov ni..but I’m excited. Can’t wait to see Jacob!

Korang dah tgk gambar Perodua MPV yg baru? Perodua Alza namanya. Those in my forward list tu of coz dah tgk kan..

It’s 1.5cc, 7 seater tp kat depan bole duduk 3 org so considered 8 seater la. Size and height lebih kurang sama mcm Grand Lavina. Harga dlm 65K gitu..open for booking. Kitorang dah tanya Perodua salesman..tp tatau lagi nak proceed ke tak.

Deep down masih inginkan Honda City, tp demi the future of lil one…….mcm kena sacrifice je.

7 Comments (+add yours?)

  1. dizzyfly
    Nov 24, 2009 @ 08:13:32

    Aku musykil sikit. With that body (the car I mean) – big and roomy (ada ke perkataan roomy? spacious la kut) dan cc dia just 1.5cc..agak-agaknya, byk guna myk tak?

    Tunggu dulu, jangan proceed terus. Buat studies sikit about it. Just my 2 cents.

    Reply

  2. redivivus
    Nov 24, 2009 @ 08:32:56

    aku rasa Alza ni macam MyVi yang dah dipanjangkan bodynya.. uhu..

    Reply

  3. newlifenewbeginning
    Nov 24, 2009 @ 08:53:11

    hi both🙂 dah buat survey dah smalam pegi showroom perodua tgk alza..dis is my findings :

    a) tak guna byk minyak, 14 sen je. and the closest car to compare with is vios, since its 1.5 kan..and its not really big pon mcm exora, exora tu mmg underpower pun coz its big and it’s only 1.6, by rite it should be 1.8. ni size diz mcm grand livina je, kalo ko tgk livina and avanza is 1.5cc🙂

    b) hehe mcm myvi tu i haf to agree la since i’m a myvian kan..depan nampak cam myvi..dlm pon byk similiarities to myvi tp lagi cantek and compact, tutup pintu sedap sket dgr tade la cam tin biskut heheh..exora tutup pintu cam tin biskut.

    Reply

  4. nad
    Nov 24, 2009 @ 09:44:01

    my cousin pun br dapat baby, anak dia baru 8 bulan..lebih kurang adam la..and diorang ni baru je beli honda city..rase mcm ok jek mieza honda city pun untuk the li’l one😀

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Nov 24, 2009 @ 13:24:04

      haa tu la anak dah 8 bulan baru beli i guess because they already know how their financial status would be walaupun ada anak they think they can afford d car..

      Reply

  5. ~Reena~
    Nov 24, 2009 @ 11:48:08

    Awat tak boleh plak Honda City kalau ada lil one pun? Bukan honda city tu family car, besaq and selesa apa. Musykil jap. Sila terangkan buat aku yang tak dak keta ni? Haha. Bukan apa, aku pun berangan nak Honda City :p

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Nov 24, 2009 @ 13:27:36

      hehe..skang ni my dad and husband is not too keen on me having the car coz takut nanti most of my money is gone towards the car e.g monthly payment tu satu..its not sket, byk..about 800-900 plus per month, pastu laie satu maintenance cost. bila anta gi service, renew roadtax, insurance sume nanti duit kena ada..sedangkan pakai myvi pon kengkadang time nak renew roadtax pon nazak gak duit..so apetah laie pakai city some more dah ada lil one…nanti aku sendiri yg kais pagi, mkn pagi tu yg dorang tanak……..but mcm nad ckp kat komen tu, kazen dia ada anak 8 bulan pon dah beli city so dat goes to saying that…nothing is impossible with a bit of planning..cuma skang yg buat aku tak dpt foresee sgt is i dunno how much do i need to allocate utk lil one monthly..kalo dah tau at least terang sket kut bajet planning aku kete mana nak pakai..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: