Sabar itu separuh daripada iman..

As promised here is the scan pic. The lil dot is still very small..risau aku tgk cinonit camtu je tapi yang penting kedudukan dia dalam rahim. Ni quote dari gynae..hehe aku main angguk jela, the only thing I said “oooh tu rahim ek?” hehe typical me. BLUR.

Sangat drained out sejak 2 hari masuk keje ni. Baru jap tadi mak call dari UK pon tak larat nak layan..lagi pon dorang guna Skype, tade nak rasa guilty pon huhu murah je cost..lagi pun mood tak kena la. Dorang bersuka ria kat sana, sesket anto MMS ada kat Newcastle la Manchester la Stonehenge la..kite kat sini dok terkulai kepenatan from work and all the pregnancy symptoms. Aih la. Sampai dah tak larat nak reply msg..asalkan korang bahagia la yeks.

Pastu the hubby plak thinks whenever I say I’m OK, it means I’m fully recharged to do my wifey role back a.k.a masak. The meaning of OK is aku tak rasa senak perut, aku tak rasa loya and aku rasa aku leh do something without feeling lethargic but that does not mean I can just swing open the freezer and say “OK..let’s get cooking!” aihh..susah laaaaaa. I don’t feel like cooking, I don’t feel like eating my own cooking.  Pastu tanak la pepenat masak, skali tgk tekak ni takleh terima..terus throw up. Tanak la camtu kan? Membazir je. If only la laki aku ni bleh masak sket2..huhu malangnya xleh. Takat sardin, sambal kentang ikan bilis tu bole ler huhu. Tapi dah makan 2 hari lepas. Sigh.

Being at work too has been quite challenging. A few days back, I’ve been facing night sickness. Tapi semalam bila masuk office dgn dah lama tak ngadap PC, tak ngadap excel, system sume uii by kul 10am aku dah rasa weng semcm..dgn tekak dah loya sume. Same goes to today. Semalam bole tahan lagi loya tu lepas mintak gula2 dari officemate, tp arini mengalah gak, pegi gak toilet tp kuar angin saja la labuuu..tak kuar pape isi perut pon masa muntah huhu. Tak kisahla. Kuar angin pun makes a lottt of difference..dapat gak sambung buat keje sampai skang. Tp skang dah tak larat dah, time to blog plak la kat korang.

Seems that the ladies at my department dah tau dah about the good news. Sungguh excited dorang. Aku menten muka toya je..muka sememeh serupa takyah make up pon takpe huhu. Pakai baju kurung je selesa skang, kalo pakai suar tak kira la jeans ke suar keje ke dah terasa sendat. Pastu skang I dun think I can wear my heels anymore. Sungguh sedey rasanya bile kuar umah nak gi keje mcm tatau nak match  baju dgn kasut pe dah..dpt tgk dari jauh je heels yg sepadan dgn baju. Ingat smalam bole lagi pegi keje dgn wedges purple yg aritu beli kan? Hmm bertuah..jalan terkedek2 cam Donald Duck je rasa..sungguh tak selesa.

Arini mengalah la pakai baju kurung dgn kasut Crocs. Crocs yg sangat tak selesa. Crocs yg terpaksa beli last weekend yg berharga RM150++ skali dgn Jibbits semata² nak carik kasut yg flat. (Btw, I’m not a fan of Crocs) Pastu arini pakai, my two lil toes dah sakit, merah je..ntahla kasut kecik ke ape, tp mmg tak selesa. Tapi ada beza…bole jalan laju sket arini compared to yesterday. Huhu pakai kasut kungfu jela aku jawapnya. No heels. Sigh.

So ladies, make sure you are emotionally, mentally and physically ready before menempuh alam kehamilan ye hehe..kena byk bersabar dlm mengharungi setiap saat dlm sehari tu huhu. Tak kisah la..janji I’m healthy, the lil kid is healthy and everything goes well.

6 Comments (+add yours?)

  1. dizzyfly
    Sep 30, 2009 @ 23:29:08

    On hubby’s cooking:
    One of my friend was abroad when she’s pregnant. Bau makanan pun tak boleh, let alone nak masak. Her hubby cooked for her (he don’t even know how) by referring to internet recipes and called back home to ask how to cook this and that. Maklumlah orang mengidam. And now, he’s a good chef. Main point, kalau dia nak, boleh je. LAgi la duduk Mesia ni serba serbi kemudahan ada. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Takde kurangnya martabat dia sebagai suami kalau dia yang take over kejap role memasak. My dad is a great chef and he’s proud of it.

    On Crocs:
    awal-awal memang macam tak selesa sebab kasut tu fully getah. baru nak expand n sesuai ikut kaki. masa awal-awal dulu pun kaki aku dok melecet gak but now, aku memang aim crocs je memanjang. selesa dan tak lenguh kaki. tetap comel walaupun tak dapat beri effect sehebat heels. takde crocs pun, cuba usya brand lain such as clarks. ramai je pmpn preggy pakai clarks. tak pun, other brands tapi flats. heels rendah like 1 inch pun still boleh pakai.

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Oct 01, 2009 @ 11:26:49

      pasal cooking tu, kene tunggu dia comfortable baru dia boleh try kut..for the time being dia masih surrender..

      crocs tu mmg camtu eh..mmg kene sabo la jawapnya pakai crocs

      Reply

  2. ~Reena~
    Oct 01, 2009 @ 12:05:46

    Take care mommy -to-be!

    Reply

  3. Diahlicious
    Oct 01, 2009 @ 12:27:06

    hey congrats!bestnyeeee..Usana bagus yer..i wanna try soon after raya..

    Reply

  4. izyan
    Oct 01, 2009 @ 18:52:17

    yep..cari sandal clarks ka or schooll.
    pastu tengok yg boleh kembang2 sikit..tapi kalu leather atas tu..pasti akan expand punya.. (saya boleh volunteer teman anda bershopping)muehehee.
    sabo2 lah ye..aku pun rasa ngeri gak tengok org melalui process pregnancy ni.tapi takpe..penghujungnya tu indah.😀.hehe skema smcm plak ayat aku.

    Reply

  5. andreeeeea
    Oct 01, 2009 @ 19:09:51

    CONGRATULATIONS!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: