Last post before Raya

Today is the last post utk bulan ni..esok saya masih bekerja lagi tp rasanya dlm kekalutan nak setelkan sume mende, rasanya mood utk blogging tade kut huhu.

Masa Raya ni jela yg aku takkan rasa semangat org Utara berpusu² kuar awal pagi nak balik ke kampung halaman coz kampung halamanku bukan di sana..tp di sini haha. So, tetiap kali raya aku mmg sgt rilek je..org lain anak² pulang ke rumah ibubapa, aku punya kes tunggu parents turun cni hehe. Lepas tu, d very genius me dapat plak suami yang kebetulan pon org cni dan kampungnya juga di sini. Actually to be precise, kampung belah ibunya sama dgn kampung bapakku..haha so we’re in d same boat. Bak kata makcikku kpd kazen²ku yang lain.

Jadi cam si Mi*eza tu haa senang. Bijak je dia, dapat org satu kampung, satu haluan..takyah nak osom balik raya mana, tol pun jimat.

So my routine would be Shah Alam – Klang – Kg Batu Laut – Kg Pasir Ulu Klang – Taman Andalas – Shah Alam. Easy peasy lemon squeezy. All can be settled within one week. Heh.

Tapi jeles la jugak sebenarnya..rindu highway Utara Selatan tu, rindu tgk kete plet nombor Perak, Kedah, Penang, Perlis smgt balik ke utara. Eceh mcm la plet nombor kete aku plet utara ek..haha takpe saya Penang murtad.

This year marks the first year as beraya sebagai seorang isteri. It’s gonna be really weird coz mlm raya kali ni di Klang, di rumah mertua. Not with my family. Pagi raya baru nak gerak dari sana ke kampung and I’ll meet my family there. Weird again..mcm kete my parents tak penuh coz i’m not there. Sigh. Tapi takpela..chin up! Experience baru..experience baru..(sebut dlm 1000x Insya Allah mood raya tu akan dtg huhu). Mlm td pon kitorang singgah sana jap lepas berbuka, beli bunga api coz sang suami nak main dgn anak buah kesayangan dia..bila sampai sana tgk my MIL tgh buat last minute biskut raya, tgk rumah dah dihiasi dgn English theme you! dari luar sampai ke dalam dah dicat, ditukar langsir, bunga baru sume..sometimes mende camni makes u go waahhh semangatnyaa dorang ni. If with my family..kitorang tadenya camni huhu dah kitorang ni perantau..tadek sape nak mai umah time Raya dah kami kat sini bukan kat Penang. Dats y I said, experience baru..sedikit sebanyak kita pun teruja skali kan?

Bagi rumah kat Shah Alam plak..kami suami isteri ni ada la sedikit sebanyak mempersiapkan diri dgn Raya ni. Plan utk open house masih lagi KIV haha coz tgh garu pale on bajet and on masakan. Sapo nak jadi tukang masak, nak buat catering ke, nak split open house utk family members only pastu buat another one utk frens ke..payah ada keluarga beso ni..

Kitorang tade la beli perabot baru ke ape, kitorang tukar langsir depan tu je. Yang lain remains the same. Tapi tahun ni kelainannya since dah ada teman baru ni, kita pon dpt la rakan sepermainan baru kan..hehehe so d inner child in both of us terserlah when kami berdua terkinja² semangat beli pelita, pasang pelita kat ruang cinonit depan umah tu..pastu semangat beli lampu kelip² and we got to know lampu tu hanya mampu terpasang utk sejam saje coz masa kitorang balik dari umah in laws lampu kelip² tu dah blow! Haha fail betul laaaaaaaa..tak kesah laa mlm Sabtu kang when my parents arrive bleh main bunga api with my bro..huhu.

mari pasang pelita!

mari pasang pelita!

lampu kelip kelip

lampu kelip kelip

Arini masih lagi nak buat last minute shopping. Nak beli one final tudung and rasanya mcm dapat pujuk sang suami utk beli baju Melayu ni..huhu wish me luck ye! Kalo korang tgk gambo raya aku kang baju tak matching, alamatnya pujukanku tak menjadi la..ahaks.

Anyways, to all my readers out there SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN from both my husband and I. Blog ni kengkadang suka main ckp lepas sket, suka merepek meraban..so kalo ada salah dan silap tu harap dimaafkan ye. Kpd mereka yg ada perut sensitip mcm aku ni, jgn lupa bawak balik bekalan ubat stok masa Raya kang..dari dok berlumba kuar masuk bilik air dgn sedare yg lain, ape kata persiapkan diri dgn pape ubat yg berkenaan eh. Klinik pon tutup kan..huhu.

Kepada rakan²ku yang menetap di Utara –> Cik Wan Lesung Batu, Cik Peah, Cik Reena..have a wonderful Raya kat Kedah & Penang noo. Yang bakal driving Kelisa yg comey lote tu, bwk leklok..yang naik bas (aku bajet hang naik bas la Reena, tak pon naik kete org ke) suh driver tu drive leklok ek hehe.

9 Comments (+add yours?)

  1. coffeeaddicts
    Sep 17, 2009 @ 11:17:47

    “Yang bakal driving Kelisa yg comey lote tu, bwk leklok” — saya ke ni? muehehehee… perasan!😛

    SELAMAT HARI RAYA, mieza!
    I pun sama ni… mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa ke… yela since kite kenal thru virtual ni kann… tatau the other end mcm mana.

    be safe during raya!

    p.s: mesti syok je raya u kan… tak payah jem bagai… aihhh…

    Reply

  2. naja
    Sep 17, 2009 @ 11:33:37

    Semangat!!

    Selamat hari raya dan mintak maaf terkasar dan terlajak bahasa sepjg berkomunikasi di alam cyber..Bergembira lah di hari..

    Chill.

    Reply

  3. cik peah
    Sep 17, 2009 @ 12:44:13

    terasa bangga seminit sebagai pemandu kelisa yg comey lote tu..kira keta n driver sama2 comel la tu..hahahah

    kompem2 la hiway akan sesak mlm jumaat nih,semoga aku byk2 besabaq..huhuh

    Reply

  4. newlifenewbeginning
    Sep 17, 2009 @ 13:00:06

    ohh rupenya ada byk eh driver kelisa ni hehehe..selamat hari raya semua!

    Reply

  5. Fifi Amk
    Sep 17, 2009 @ 14:58:10

    happy raya! maaf zahir batin… enjoy the first raya as a wife ea!

    Reply

  6. ~Reena~
    Sep 17, 2009 @ 16:40:03

    Err..walaupun aku tak drive Kelisa yang comey lote, tapi aku balik kampung naik Kelisa, so kira jugak la ehhh? Hehehehehe. Selamat berhari raya sebagai isteri. Best apa experience baru. Aku lagi la suka benda2 baru. Emm..Aku kalau jadik kawin dengan orang Penang tu, maka balik Png sama2 la jawabnya. Nak gak rasa sat balik Utara, sat balik Selatan ke. Hahhaa. Weh..buat la open house for kawan2 secara kecil2an pun x pa..Klu aku boleh tlg, aku mai la tlg. Selamat hari raya to u and ur husband too. Maaf zahir batin ye kalau ada salah silap terkasaq bahasa bagai. Jangan lupa duit raya utk orang yang blom kahwin ni haa. Hahhaa.Just kidding :p

    Reply

  7. l33dslumber
    Sep 17, 2009 @ 17:54:34

    kiter balik convoi malam ni hehe

    selamat hari raye, maaf zahir batin babe..😀

    maaf semua salah silap ok

    jumpe lagi lps raye…

    Reply

  8. andreeeeea
    Sep 18, 2009 @ 14:00:58

    selamat hari raya!

    Reply

  9. hanieFD
    Sep 18, 2009 @ 16:27:03

    selamat hari raya jugak! sure excited kan beraya sbg isteri utk pertama kali🙂 smoga selamat semuanya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: