Laa..ye ke?

I was on the phone with my mum yesterday and whilst talking suddenly she said “eh ko sebenarnya kene Chikungunya laa” and I was like huhh..bior betul?. Apparently one of her associates who happened to be a medical doctor has a 6 year old son who was diagnosed with dis virus and the symptoms were exactly like mine. Kat bawah ni aku ada jumpa info pasal virus ni..

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. (Ha sudah, dah keluar dah entah encik genus)

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut (mmg betul pun, like I mentioned kan lepas abeh je tengok American Idol terus seram sejuk, demam on the spot sampai la seminggu lepas tu)
· Sakit teruk pada sendi
(betul jugak..yg tahap xleh bend or straighten my legs when I’m sleeping..I can’t sit for a long period of time, kalo tak mesti nak nangeh je)
· Ruam pada badan
(badan tu tak..it started with my face first for 2-3 days, then it gradually moved to my arms and legs)

· Sakit kepala (yes, correct but not migraine..just headache)

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). 

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. (pastinya)

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

(source from http://yasirtamizi.blogspot.com)

______________________________________________

Whatever it was, dengue or chikungunya I hope I’m already free from it. Sengal² kat kaki ni once in a while still ada, even now..kena urut my kaki slalue.  

Fogging at Seksyen 7 is getting more and more drastic each day mcm dah tahap darurat. Nearly everyday my lane will be fogged and tak pepasal gate umah aku asyik ditempek dengan notis “PENGHUNI RUMAH TIADA KETIKA PEMERIKSAAN NYAMUK AEDES” or “PENGHUNI RUMAH TIADA KETIKA PENYEMBURAN FOG”. Dah ko buat time aku keje mmg ler…

But yesterday..it lasted until late at night. Kul 8 lebih masa layan news (haha baru nak layan news pasal American Idol rescheduled to today and dah layan episode Oprah yg ditayangkan semalam) dorang (org Jabatan Kesihatan Selangor) dah sebok² dingdong umah suruh kuar umah.Potong stim aku dok lipat kad kahwin. So, reluctantly aku kuar ler..dok ler melanguk depan gate tu tunggu dorang fog celah longkang, tepi pasu bunga and inside my house. Abeh berminyak lantai umah aku skang, pastu aku tengok yg mati terkulai bukan nyamuk pon..lalat dgn insect kekecik kiok la huhu. Nyamuk pon dah lali daa dgn fogging.

Aku pun tatau la sampai bila dorang akan buat fogging ni. Tade la kengkadang rimas tau. Aku dok sorang. Dah elok2 tak pakai bra ape sume cukup lepak baik punya kat dlm umah skali some strangers come dingdonging at your house sume..cam tak bape selesa la. Lain la kalo ada family dok skali kan. Pastu bila tade kat umah..asyik dpt notis je. Notis merah, notis putih, flyer dis flyer dat sampai dah terer dah aku bab denggi ni. 

Tp aku kene Chikungunya plak kan? Aahh bak kata Fara Fauzana dlm Melodi..LAYAAAANNNN!

3 Comments (+add yours?)

  1. ~Reena~
    Mar 26, 2009 @ 15:49:43

    Hehe.Aku confirmed denggi.Harapnya aku pun dah free dan tak kena lagi.Tak best kan bila kena tak kira la denggi ke chikugunya.

    Btoi kot depa cakap fogging selalu tak elok sebab nyamuk boleh jadi immune.

    Reply

  2. bettylai
    Mar 26, 2009 @ 20:11:28

    Hi there. Thanks for dropping by🙂
    Fuhh nasib baik u dah tak apa2 kan. Alhamdulillah!

    Reply

    • newlifenewbeginning
      Mar 27, 2009 @ 08:52:05

      bettylai:
      no prob!🙂 yeah i think i dah tade pape dah..huhu sengal kaki tu is always there though..

      Reena:
      according to akak jabatan kesihatan tu, die kata org bole kena denggi 4 kali, tp kalo cikunguya, sekali kene dah cukup dah..huhu so sediakan payung sebelum ujan ye beb

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: