Sick

Hi peeps..

This won’t be much. Just nak update before I go on hiatus again. 

Aku kena suspected denggi.

Tanda & Simptom : Selepas nyamuk yang membawa virus melepaskan virus tersebut ke dalam perumah (manusia), virus tersebut akan berkembang biak di dalam nodus limfa dan dalam masa 2-3 hari virus akan disebarkan ke seluruh tisu badan melalui darah. Selama 4 – 5 hari virus tersebut akan mengawal sel yang telah dijangkitinya seperti monosit (sel darah putih), sel B dan sel T. Kebanyakan pesakit adalah viremik1 dan secara klinikalnya akan mengalami demam.

 

1Tubuh pesakit akan dijangkiti oleh virus dan menunjukkan tanda-tanda telah diserang oleh virus

 

Tanda-tanda demam denggi:

  • Demam panas yang tinggi

  • Kesejukan

  • Sakit kepala di bahagian depan/retro-orbital terutamanya pada bahagian bola mata

  • Ruam merah pada kulit

  • Tanda-tanda pendarahan

  • Tiada selera rasa, sakit tekak, loya, muntah, cirit-birit, anoreksia, depressi dan sengal-sengal otot dan sendi (juga dikenali sebagai ‘demam patah tulang’ atau ‘breakbone fever’)

Jika denggi yang tidak kritikal, simptom-simptom di atas akan lupus dalam masa 48 jam.

 

Ciri-ciri demam dan ruam :

  • Demam biasanya terjadi dalam 2 fasa (bifasa), di mana fasa permulaan akan berlaku selama 3 – 6 hari (bengkak di tangan dan kaki), manakala fasa kedua pula adalah pengurangan pembengkakan, namun demam masih berlaku selama 1 – 2 hari berikutnya.

  • Ruam pada kulit juga merupakan bifasa, di mana ruam akan timbul semasa pengurangan demam dan akan mengambil masa selama beberapa jam atau beberapa hari untuk hilang. Ruam yang disebabkan oleh virus denggi ini adalah berbentuk bintik-bintik merah akibat pendarahan di bawah kulit. Ruam ini akan bermula di bahagian belakang tangan dan kaki, merebak ke bahagian tengah dan kemudiannya ke bahagian muka. Pemulihan bintik-bintik merah ini akan mengambil masa beberapa hari ke beberapa minggu.

Sindrom denggi yang kritikal atau demam denggi berdarah {dengue hemorrhagic fever, DHF) mempunyai 4 ciri klinikal yang utama:

  • Demam yang sangat panas secara mengejut

  • Pendarahan – bintik-bintik merah di bawah kulit, pendarahan hidung, gusi, najis dan kencing berdarah, dan kadang-kala berlaku haid yang berlebihan

  • Pembesaran hati – berlaku pada peringkat awal panyakit, pembesaran hati boleh mencapai sehingga 2-4 cm di bawah tulang rusuk kanan

  • Kegagalan sistem peredaran darah – ditunjukkan melalui kesejukan dan kekecutan kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi.

Pesakit juga akan kelihatan resah, lemah dan mudah mengalami renjatan atau sawan, keadaan ini dikenali sebagai ‘Dengue Shock Syndrome’ (DSS).

 

Bagi demam denggi biasa atau klasikal boleh dikesan melalui pemeriksaan darah di makmal di mana jumlah sel darah putih (leukosit) dan platlet dalam darah menurun, manakala demam denggi berdarah pula pemeriksaan darah akan menunjukkan penurunan platlet yang disertai dengan hemokonsentrasi2 yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.

 It all happened so fast. It was Friday night, I was watching the results show of American Idol, and then suddenly I felt my whole body jadi seram sejuk. Lepas tu terus menggigil gile. Dah pakai stokin, long sleeve, jacket sume pon tak jalan..I was shaking for close to 2 hours. Then when it subsided, terus jadi demam panas plak. It was 11pm by then, my body was feverish hot. Nak tanak, I had to ask Mr Fiance to buy me some Panadol & 100 plus hoping that the next day I would be fine.

Saturday – masih demam. Tapi kaki dah start sengal² and berbisa. Ingatkan mende biasa je sengal ni coz a few days before, mmg aku menggatal naik turun tangga kat ofis konon nak exercise. 103 anak tangga tuu dari G floor ke 4th floor..ingat sengal pasal tu la. Skali bile mlm, takleh tido langsung. Every hour mesti terjaga. Sakitnya kaki Ya Allah tuhan saja la yang tau…aku xleh straight kan kaki, xleh bengkokkan kaki..ape saja yg aku buat sumenya sakit, sakit and sakit. It was throbbing mcm org cucuk 50 pins at each side of ur legs..bayangkan nak turun katil pon terseksa, ape tah laie nak turun tangga. Azab gila..

Sunday – I couldn’t take it anymore, dah tahap nak nangeh dah. At 7.30am, I called him up to come and bring me to the doctor. Terpaksa kejut die pepagi coz dah mmg tak tahan. Dahla Seksyen 7 Shah Alam langsung tade klinik 24 Jam! we had to all the way to Klinik Anis at Seksyen 2 to seek for treatment. Doctor bagi Paracetamol dgn Vit C je..die kate kalo esok demam lagi, kene buat blood test.

Monday – Demam lagi. MC. I went to the nearest clinic at my housing area. Mmg kena buat blood test. Sengal2 ada lagi, tp tak seteruk ari ahad. Selera makan langsung tade, tatau nak makan pe. Nasik xjalan, cereal tak jalan..harap makan roti je. 

Tuesday – dpt call dari klinik. Die kate result blood test dah kuar, something low in the readings, kene dtg klinik and do 2nd blood test. I went. My platlet count tgh border line. 160 je. Kalo 150 ke bawah, confirm kene denggi tp doktor tanak take it for granted, suh cucuk lagi. Aihh dahla lengan kanan dah lebam, lengan kiri plak kene cucuk..adehhh. Tak larat aku nak telan ubat, tak larat dah nak minum air and 100 plus, dah naik kembung dah perut. Muka aku pon dah merah2 je..aku dpt MC lagi sampai ari Rabu.

Wednesday – blood test dah ok. Takyah kene cucuk dah. Platlet naik ke 163, tak kesah la janji ok. I was excited to come back to the office d next day. Serius bosan gile kat umah, dengan tade internet connection laie, dgn dah sangap nak ngadap tv laie..aihh aku mati akal. Tapi demam lagi. Camne? Badan tak sengal2 dah..rasenye ok la kut esok..

Thursday – TODAY. For me everything was fine, tak demam, tak sengal badan tp masa nak kuar umah rasa pelik asal celah2 jari kaki aku ni pedih semacam pastu my tapak kaki, tapak tangan, arms merah je ni..bintik2 merah all appearing bwh kulit. I took it as part of the recovery process but when I told my mum, surfed the internet..it may not be it. Aih tatau la, my mum dah paranoid, suh p balik klinik follow up dgn doctor. Aku pon dah blur, nak buat keje pon otak tak bape focus. Keje mendelete email je dari tadi, yg mana needs to be replied, i replied pastu aku dah tatau nak watpe dah..otak blur je ni…but I’m taking my time to update about myself..huhu

tanak balik umahhh!!! dah bosannnnnnnnnnnnnn

korang jaga la diri leklok eh..i feel like a prisoner in own home. Tengok nyamuk pon dah takut skang..huhu tak berani pakai shorts kat dlm umah..dahla area Seksyen 7 ni highest ranking for denggi. Aihh..hope everything will be fine for me…i dun wanna be warded😦

6 Comments (+add yours?)

  1. ~Reena~
    Mar 05, 2009 @ 13:36:21

    Patutla ‘senyap’ je..

    Uihhh..Takutnya ku dengaq.Hang take care eh.Makan ubat.Jaga diri.

    Reply

  2. Ayu
    Mar 05, 2009 @ 18:54:48

    Laa.. Siannya ko.. Sorry to hear that. Smoge recover cepat2 k. Take care!!

    Reply

  3. MissSilent
    Mar 05, 2009 @ 20:14:08

    hope everything is fine…last few mths pon i suspect denggi..but xla teruk sgt! the same symptom like u! yg gerun nye..siap suspect chikugunya! nasib xde ape2 dah.!

    take care!

    Reply

  4. farah
    Mar 06, 2009 @ 08:27:44

    jaga diri baik2 bakal pengantin baru!

    i was just like u cume takde la smpi kena denggi..cume demam smpi nk pengsan kt tempat awam

    Reply

  5. cik wan lesung batu
    Mar 06, 2009 @ 10:39:36

    beb, tk cr k… nything, juz inform k…

    Reply

  6. hanieFD
    Mar 06, 2009 @ 12:15:38

    isk isk..sian die. Take care..kut segala pesanan doktor😉

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: