Lebih Hangat daripada Biasa!

Sol bertakhta di hati Tini

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Tiga tahun bersahabat dan berkasih akhirnya mereka sepakat mahu sehidup semati melalui ikatan perkahwinan 

HARI ini, penyampai radio Hot FM, Kartini Kamarul Ariffin atau Tini, 30, akan mula mengedarkan kad kahwinnya kerana bulan ini dia akan mula bergelar isteri kepada Nur Sulhi Jasmin atau Sol, 28, bertugas sebumbung di stesen radio yang sama sebagai Pengurus Acara. Sepakat untuk tidak mengikat tali pertunangan, mereka akan bernikah pada sebelah pagi 22 Februari ini dan sebelah tengah harinya pula diikuti dengan majlis resepsi sebelah pengantin wanita di Dewan Perdana Felda. 

Seminggu selepas itu, pada 28 Februari pula, majlis bertandang akan diadakan di kediaman keluarga Sol di Kota Tinggi, Johor. Dan, dengan semua majlis itu, maka Tini dengan rasminya mengikuti jejak rakan setugasnya di Hot FM, Sharifah Aleya dan Azura yang menamatkan bujang.

Usia perkenalan mereka hampir sama dengan usia permulaan operasi stesen radio yang terkenal dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa ini sejak 2006. 

Daripada istilah persahabatan, cinta mereka semakin membara pada September 2006 sebelum Tini melanjutkan pelajaran di dalam Sarjana Kewartawanan Penyiaran selama setahun di United Kingdom. Diuji dengan cinta jarak jauh, kekebalan cinta mereka terus utuh biarpun diakui masing-masing amat perit untuk dilalui. Hanya dunia maya saja yang menjadi penghubung tatkala rindu mencengkam jiwa. 

Jodoh ternyata begitu kuat di antara dua hati ini dan sekembalinya Tini ke Malaysia selepas tamat pengajian, awal 2008 mereka mula serius untuk memateri cinta ke jinjang pelamin.

ANTARA gambar persediaan untuk sesi fotografi.

Menurut bekas pengacara 3R ini, tempahan dewan dilakukan sejak tahun lalu (Mac 2008), memandangkan ramai pasangan yang memilih untuk diijabkabulkan. Memilih untuk berkahwin tanpa mendapatkan tajaan seperti sesetengah perkahwinan selebriti sebelum ini, baik Tini mahupun Sol, mereka percaya perkahwinan ini menjadi lebih bermakna apatah lagi menggunakan duit daripada hasil titik peluh sendiri. 

Berkonsepkan tradisional, pasangan sepadan ini bakal menggayakan busana pengantin rekaan Lubis House, Kota Damansara untuk majlis pernikahan dan persandingan. 

Manakala untuk majlis di Johor, Tini menggunakan khidmat pereka fesyen, Nik Erwan Roseli dan bakal suaminya mengenakan rekaan butik D’Jazz, Segamat. Tini menganggap perbezaan umur bukan satu isu yang perlu diperbesarkan. 

“Usia bersifat subjektif dan saya sendiri tidak menetap kriteria tertentu isu ini. Cuma jodoh saya sudah dengannya dan saya menerima dia dengan seadanya. Dua tahun perbezaan umur bukan topik utama dan paling penting kami boleh serasi dan ia bukan satu masalah besar.

SOL akhirnya menjadi pilihan hati Tini.

“Kami kahwin menggunakan duit simpanan yang ada dan tak saya nafikan banyak berhabis duit untuk merealisasikan impian hidup bersama. Apabila guna duit sendiri, kita akan tahu susah dan peritnya apabila duit mengalir macam air. Lagi pun, kahwin berlaku sekali di dalam hidup kita dan tak salah kita berkorban wang ringgit demi kebahagiaan selamanya. Insya-Allah. 

“Majlis kahwin kami nanti tidaklah hebat sangat. Cukuplah sekadar memenuhi adat dan syarat, sederhana dan seringkas mungkin. Konsep pakaian kami nanti lebih berpaksikan budaya Melayu seperti kebaya, baju kurung Johor dan baju Melayu,” ungkap Tini yang mula mengendalikan segmen Menu Muzik dari 1 tengah hari hingga 4 petang sejak 1 Januari lalu. 

Mengakui peribadi Sol yang berjaya mencairkan hatinya, akui Tini, Sol pandai memujuknya. Malah ketika Tini dalam kesedihan, kekecewaan dan dalam amarah, lelaki bernama Sol inilah yang menyejukkan hatinya. 

Tini akan mula mengambil cuti selama seminggu dari 16 hingga 22 Februari dan akan mula naik kerja sehari selepas bersanding. Semuanya dilakukan demi komitmen kerja terhadap stesen radio kesayangannya yang kini dalam proses perkiraan bancian dengan AC Nielsen. 

Dek urusan kerja juga membuatkan mereka belum memikirkan lagi bila untuk percutian berbulan madu. 

Kata Tini, selepas hidup berdua nanti, dia akan mula ada rakan kembara dan melancong. 

“Sebelum ini saya sukar mendapat rakan yang boleh dibawa melancong dan mengembara. Tapi tidak lagi selepas kami berkahwin nanti. Tambahan pula kami banyak berkongsi perkara yang sama contohnya aktiviti luar seperti berakit. Masa kami yang agak terbatas, kami gunakan sebaik mungkin melakukan aktiviti sedemikian. 

“Insya-Allah, kami merancang untuk mengambil lesen menyelam dan memanjat Gunung Kinabalu bersama-sama,” katanya yang boleh dihubungi menerusi blog yang boleh dilayari di laman sesawang, http://www.hotfm.com.my 

Ditanya apakah yang menjadi kenangan terindah sepanjang episod menyulam cinta, Tini memberitahu hampir setiap detik dilalui bersama pilihan hatinya diibaratkan sebagai nyawa yang terus menghidupkan udara dan nafasnya. 

“Kami selalu meraikan hari lahir masing-masing dengan cara tersendiri. Saya sendiri lebih gemar sesuatu hadiah yang bersifat praktikal. Sebagai contoh sebelum saya ke London, dia ada hadiahkan saya alat pemain MP3 yang sering saya gunakan sewaktu berjoging. Menariknya, alat itu diprogramkan dengan baik hingga boleh memberitahu berapa kalori lagi yang perlu saya hilangkan,” katanya sambil tersenyum. 

Mengalih bicara kepada Sol yang dilahirkan sebagai anak tunggal, dia cukup selesa dengan sikap Tini yang begitu happy go lucky, jujur dan tidak cakap belakang. Berbeza dengan Tini, Sol mendapat cuti selama dua minggu. 

Rahsia kejayaan hubungan mereka berteraskan kepada kepercayaan dan inilah yang dipraktikkan sejak hidup berjauhan selama setahun sewaktu Tini menuntut ilmu. 

Menerusi khidmat Yahoo Messenger dan MSN, ia umpama jambatan yang menghubungkan mereka. Diimbas kembali, sewaktu mula berkenalan di tempat kerja yang sama, Sol berkata, mereka selalu berkomunikasi dan daripada situ ia menjelmakan jalinan yang lebih baik. 

“Selepas kahwin nanti, insya-Allah kami akan lebih memahami tugas dan tuntutan kerja masing-masing. Keserasian itu sudah ada dan ia perlu digilap untuk kebaikan masing-masing. Selepas ini tanggungjawab kami lebih besar dan ramai hati yang perlu dijaga,” kata Sol. 

Info angka cinta Tini & Sol: 

  • Dua tahun perbezaan umur masing-masing. 
  • September 2006, gejolak cinta akhirnya dimeterai sebelum Tini ke London untuk melanjutkan pelajaran. 
  • Selepas setahun (2007) terpisah dek cinta jarah jauh kerana Tini menyambung pengajian di London, awal 2008 mereka mula serius dan nekad untuk hidup berumah tangga. 
  • Tempahan dewan kahwin dilakukan sejak Mac 2008 
  • Julai 2008, mula mengikuti kursus kahwin 
  • Februari 2009 mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin. 
  • Dulang hantaran pengantin perempuan sebanyak 13 berbalas 11 (sebelah lelaki). 
  • Masing-masing merancang untuk memiliki tiga atau empat orang anak
  •  Penghargaan 
  • Solekan, dandanan dan busana pengantin: Pesona Sri Pengantin, Lot 1725, Kampung Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor. (Iss, 0172475093) 
  • **********************************************************
    first of all, credits to Berita Harian for this article..dah lama tak tgk muka Sol ni. Adeh, nak tergelak je la memanjang bile baca artikel ni. Why?
    1. Memula tak tahan tgk alamat kat solekan and dandanan tu, mcm adoii area Mr Fiance tuu..i din know ada kedai pengantin kat sana. Hehe mcm dlm bebyk tukang makeup, Sg Udang gak glemer
    2. Tak tahan gak tgk muka Sol, adoi mcm muka Along duh..(Mr Fiance’s bro) haha betui tak Cik Peah? d last time kitorang jmp Sol ni masa tu die rambut panjang..dah rambut pendek ni cam Along duh hehe
    3. Tak tahan gelak gak pasal kad kawin tu..ooh baru arini rupenye Tini nak edar kad..Mr Fiance dah tak larat nak layan kengkawan die tanye bile la si Sol ni nak anta kad..memasing dok jakun kwn sendiri kawen dgn artis hehehe.
    4. Mr Fiance ni punya taste in gurl lebeh ke arah Tini ni..die dari dulu slalue ckp die suke pompuan cam Tini..kirenye nama Tini ni asyik kuar la. Skali tgk member sendiri dpt Tini..kwang, kwang, kwang haha. I especially mcm tak caye bile tau dorang ni kapel..I was like “huhhhhhhhhhh Sol dgn Tiniiiiiii?” papehal pon congrats!
    5. Sol actually is Mr Fiance’s good old buddy kat UiTM. Housemates even. So all Sol’s dark secrets tu is in Mr Fiance’s pocket hik2..memain je la..Sol is a good guy. I dunno him personally but from Mr Fiance’s stories, bertuah la Tini tu..
    6. Kitorang terjebak dlm dunia HotFm ni..especially those yg dah naik my car mmg tau kan ada berlambak HotFm punya merchandise dok tempek2 kat cermin la ape la..some of it tu Sol yg bagi if we happen to bump into him masa Jom Heboh ke ape..kitorang still tak dpt Tshirt HotFm la..dangg
    7. July 2008 dorang ikuti kursus kawin kan? dorang pegi d week after we did at the same place in Zura’s Akademik. Memula plan nak pegi skali dgn dorang..naaasibb laa tak pegi. I dun wanna be in the spotlight tetibe ada org candidly amik “Tini dan kekasih pergi kursus kahwin” pastu tetibe selit gambo aku tepi die. Eee takmo2 glemer murahan hahaa.
    8. Baca alkisah dorang ni mcm sweet je..agaknya kalo org tanye alkisah cinta aku dgn Mr Fiance ni nak cite ape ek? Kitorang ni dahla mcm the sun and the moon, utara-selatan, barat-timur hehehe. Ada idea tak Mr Fiance? Kalo kite buat montage our love story pun nak tempek sal ape ek..kite ni mcm straight to the point je memanjang ekeke.
    9. Lastly, kalo ada rezeki and kitorang dpt pegi wedding dorang ni, tunggu je la ye gambar..:)

    7 Comments (+add yours?)

    1. dato'k
      Feb 03, 2009 @ 12:37:27

      kawin gak kawan aku sorang ni hehehe…pnyalah payah nk set appoinment nk amk kad dr minggu ker minggu. pape pn yang mngu ni ye gue dh book
      dgn sol. yg gue ckp untung tini dpt sol ni bkn apa, dia ni mmg bole dpercayai antara ramai2 kwn gue..dia ni kira mamat yg setia pd yg satu gak..cik puan miza ni tau lah npe gue ckp cmtu..heheh dark secret?mmg ada pn tp bia pecah dperut jgn pecah dmulut hehehe..btw dorang lupa nk
      cita masa tini kt sne si sol ni sanggup turun uk nk jmp tini…haa tk ke cinta
      agung namanya..pape pn sama2 kita mndoakn smoga majlis yg akan blansung nnt akan dberkati dan drahmati allah..amin

      Reply

    2. dato'k
      Feb 03, 2009 @ 12:43:42

      oppss…nk tmbah lg yang..kalo nk tau cmni lah rmbut skema dia masa 1st register kt itm dlu..encem kn haa mmg encem pn kalo ssapa kwn dgn gue ni hik2..

      Reply

      • newlifenewbeginning
        Feb 03, 2009 @ 12:57:43

        Mr Fiance:
        alaa pasal sol p UK tu takkan nak cite kut nanti org kate melampau plak huhu..kite ni tade pon alkisah cinta agung😦

        Reply

    3. ~Reena~
      Feb 03, 2009 @ 19:44:57

      Yang no. 7 tu tak tahan bab glamer murahan.Hahhaha.

      Reply

    4. dato'k
      Feb 04, 2009 @ 07:43:03

      kalo nk tau dorang p skali kursus dgn lan pet pet heheh..asik dok wat lawak jer dlm kursus tu psl akad bpe kali baru lpas..sori abg lan hehehe

      Reply

    5. xeea
      Feb 04, 2009 @ 11:23:34

      patut laa si tini maken kurus. nak naik pemain rupenye. heee

      Reply

      • newlifenewbeginning
        Feb 04, 2009 @ 11:57:16

        Xeea:
        tau takpe..mesti ada sebab punya! hehe

        Mr Fiance:
        aiii ni awat excited smcm ni, mcm jadi PR jee..

        Reena:
        aku ni kan menten low profile..ehehe.

        Reply

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: