..The In Laws..

 

I admit I dun haf the skills nak memenangi hati in laws ni, ape tah lagi ibu mertua. Mmg fail. It’s my worst nightmare bile tetiap kali pk pasal ni. Mesti tangan sejuk, tido tak lena d day before, dada rasa sempit, pale otak mcm ada ribut taufan selaju 200km/h. Yup sumenya tak betul. Saya masih dlm proses pembelajaran. Sebelum ni tak penah didedahkan dgn dunia baru, keluarga baru, org baru. Selalunya dengan keluarga, tp skang I’m all alone. I know there must be some nyamuk² out there yang akan bersuara lantang menegur sikap aku yg dingin (?) ni. Ntah, I dunno what word to use. Bukan aku berniat nak bersikap dingin, bersikap sombong (walaupun pada hakikatnya aku ni pendiam) tp yela pandangan org, mata org, mulut org..we can’t selotape them all kan? kalo guna gam gajah sekali pon, sikap manusia……..they will always find a way to point out ur flaws. 

Takpe, aku terima. Aku terima yg aku ni mcm a butterfly, yg baru nak kuar dari kepompong dia sedikit demi sedikit, tp along the way mesti ada pesticides ke pape ulat ke insect ke yg merosakkan kepompong aku and thus am unable to fly to show my trueself. Butterfly kan xleh dikaco bile die dlm stage camtu..coz its not their natural state of life. Camtu la aku…i’m still finding my ways to gain my strength to go through it all. During these times, mmg aku akan slalue cam tertanya² ape aku patut buat, the do’s and don’ts. Kengkadang bile tak tahan, I’ll just break down showing my vulnerability and the fragile side of me. I’m a normal human being yang mempunyai weaknesses and ada keinginan to make things perfect – especially for the one i love.

I found this article on the internet just now..

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

“Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.”

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya. * dah kenal, cuma tak mesra lagi *

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan. * ok i know…my fault *

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak. *mcm tau, tp kengkadang tatau..always grey in this area *

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua. * takpe, gue pendam jee..*

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri. *last2 jadi senyap je la aku..haha*

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius. *masak..hmm..i’m trying ok*

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka. *dari dulu wish for this to happen *

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua. *terlebeh jaga sampai org pk aku dingin kut?*

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah. *ok..will take note*

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar. *always trying hard in this area*

anything else I should take note about? kepada kengkawan aku yg mesra dgn ibu mertua tu especially…a few tips and guidance would do me some good🙂

7 Comments (+add yours?)

  1. ~reena~
    Sep 18, 2008 @ 13:23:53

    1. Aku tak tunang pun memang dah kenal his fam + gransparents + uncles aunties + counsins (And i won’t bertunang.Nak kawin, kawin terus).Dah tak malu pun dgn diorang esp dgn parents dia.

    2. Errkk..ni jarang buat.Or tak pernah kot? Haha.

    3. Boleh la.Dah kenal skit2.

    4. Ooopss! Ni tak kawin lagi pun memang dok marah anak depa kat depan depa.Ye saya tahu saya gf yg kejam.Muahaha.

    5. Mmg ada sembang tp slalunya x la cerita psl diri sendiri je.

    6. Ada.Saya suka buat kuih & tgk tv.Klu raya slalu gak tolong mak dia buat kuih.Pastu kdg lepak tgk tv skali.Aku siap meniarap lg kat umah dia.Hehe.

    7. Hadiah jarang bagi tapi selalu belanja depa mkn.

    8. Ohh ini mmg cover baikkkk punya.LOL.

    9. Dah biasa buat.

    10. Of coz! Tak yah tunggu kawin, skang pun mmg dah sayang depa mcm parents sendiri.

    Reply

  2. sharina
    Sep 19, 2008 @ 06:29:15

    Akak selalu gak keluar shopping ngan mentua…kengkadang keluar makan. Since my mom pun jauh, mmg dah mcm mak sendiri, walaupun bangsa asing….tapi im just lucky yang mak mentua amat baik……. yang best tu dia pandai menjahit…. every 2 weeks mesti kasik new blouse atau long skirt….hehehe..cuz anak2 pompuan dier sker baju branded jer….. for me…tak kisah la…….lawa2 jugak baju yang dier jahit….

    and since kitaorg ni dari dua benua…. masak tu penting lah… akak belajar dari dier….and dier belajar dari me (masakan malaysia la)

    And then belajar bahasa…….. I blaja bahasa kemboja… dier belajar bahse melayu…. in your case…try le balajr loghat diorang…. hehe eh ke sama jer? lupa la

    Reply

  3. LIZA
    Sep 19, 2008 @ 06:54:30

    alaaa mieza.. relax aje ok? yg paling penting, just be yourself.. as long as u pandai ambik hati keluarga sebelah sana, u’ll be fine🙂

    *hugs*

    Reply

  4. cik wan lesung batu
    Sep 19, 2008 @ 08:14:46

    yerp, btol ckp Liza tuh, juz b urself, jg pertuturan…insya Allah sume ok… lain2? :-

    -ko rasa ko rapat dgn sape lg dlm famili die? try laa jd geng walopon x de sekamceng mana…
    -tp kalo ko x rajin bertandang pn x pe, lgpon sesetengah org ckp x elok sgt(kurang manis gitu)…so, call borak2 tny kabar ke…
    -tips yg ko bg tu da byk membantu dah…

    even aku yg da pnah g holiday pn ade gak riso cam ko…nak2 bab masak2…huuu…juz cuba utk phm perangai sume famili members tu laa, cam kalo ko nk spesifik in masakan, ko amik tau laa ade yg x mkn pedas ke, ade yg suke itu ke, ini ke…

    kdg2, cara didikan famili kite ngn die mebi lain..tp basic nye sama, hormat each other…x pe, senyumkan jugok walopon rase cam senyum kambeng…try gok ckp walopon ko rase mende tu ckp tah pa pe je nk tny… as time goes on, insya Allah ko da biase dah…🙂

    pendek cite, Mr Fiance ko tu mmg reference paling kaw kaw nye laa….selain adek bradik pompuan die🙂

    ni aku rase je laa…aku sendirik pn takot gak… x pe, kite sama2 blaja…

    Reply

  5. newlifenewbeginning
    Sep 19, 2008 @ 09:11:41

    tq to all🙂

    nampak gaya sume ada hubungan yg baik..good for u..:)

    wan – aku akan jwp soklan2 ko ni offline ye, not here..

    Reply

  6. niza
    Sep 19, 2008 @ 09:29:54

    bagus gak entry ni kan mieza..sekurang-kurangnya kita sediakan payung seblom ujan kan…jd renungkan la ye..

    tq mieza. baguih entry ni…selain persiapan kenduri, perkara2 remeh camni pun perlu dititikberatkan seblum kawin..

    bakal mak mertuaku?? Ada la jumpa dalam 5-6 kali…pendiam orangnya, mudah senyum dan satu yang paling kusuka adalah bakal mak mertuaku jenis yang TAK BERLETER…baguihnya…ibuku sendiri suka pot pet…hehehehe..

    in any words, sayangi ibu mertua anda sebagaimana anda menyayangi ibu anda sendiri..

    dun worry k, insyaallah. everthing will be fine..

    Reply

  7. newlifenewbeginning
    Sep 19, 2008 @ 12:58:37

    niza – ooh takpe, coz kalo ada org yg senasib dgn diriku ini bleh la take point a few things from here kan..yeah insya allah, i also hope the same too

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: